Kekalutan hidup dua sahabat baik dengan pelbagai masalah dan rintangan menyebabkan Indi dan Jon mengambil keputusan balik ke kampung yang telah lama ditinggalkan. Kehadiran Anak secara misteri menambah kekalutan apa lagi dengan sikap Jon yang gemar berpoya-poya. Ketibaan mereka dirumah kosong milik arwah ayah Indi menjanjikan masa depan apabila tanpa disengaja Anak menemui surat wasiat dan peta simpanan harta pusaka datuk Indi. Kehadiran pemburu yang ingin membalas dendam perbuatan Jon merosakkan kereta mereka menghancurkan segala harapan. Namun kebijaksanaan Anak menjadi penyelamat. Perjalanan ke hutan merupakan perjalanan ngeri apabila mereka bertemu Kampung Bunian, ditangkap orang asli zaman kuno dan bermacam-macam halangan yang terpaksa mereka tempuh.


 Wak berkongsi kisah Wak mengisahkan seorang pemuda Jawa berasal dari Kuala Selangor bernama Radin Khairul Nizam (Wak Ijam). Oleh kerana sikap bendul, jujur dan kelakar semulajadinya menyebabkan semua orang kampung memanggilnya Wak, dan dia sangat senang dengan panggilan itu. Wak yang sebatang kara tinggal di kampung Parit Senget bersama neneknya (embah Som) lantaran ibu bapanya telah lama meninggal dunia. Wak sering menjadi bahan gurauan di kampungnya kerana sifat semulajadinya yang lurus bendul.

Hobinya membaca suratkhabar secara tidak langsung menjadikannya seorang yang luas pengetahuannya tentang dunia luar dan sering memasang cita-cita menjadi orang kaya walaupun dianggap pemalas oleh orang kampung.



 
 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola